Sumber : PPA & JHEPP

7 Ogos 2020, Politeknik Melaka - Pendaftaran pelajar baharu di Politeknik Melaka (PMK) yang berlangsung pada minggu ini telah melabuhkan tirai pada hari terakhir semalam yang mana melibatkan pelajar Jabatan Perdagangan. Sebanyak empat jabatan akademik telah menerima pelajar baru pada sesi Jun2020 ini yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 268 orang pelajar.

 

 

 

 

 

Pn Hazira Salleh, selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Melaka turut menyantuni para ibu bapa dan pelajar di pintu masuk utama PMK.

Dalam masa yang sama turut berlangsung Minggu Haluan Siswa bagi semua jabatan dimana minggu Haluan siswa dilaksanakan oleh jabatan masing-masing bertempat di Dewan Serbanguna PMK dan seterusnya aktiviti bersama jabatan masing-masing.

Semoga semua siswa dan siswi baru PMK dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan mendapat pengalaman yang berguna sepanjang tempoh pengajian di PMK.

#PoliteknikMelaka

#selamatdatangkePMK
#MelakaKuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia