Jejaran Mengkudu berbias kesuma

Di celah angsana di Tanah Jawa

Ucapan aluan pembuka bicara

Di dewan gemilang kita bersua

 

Hotel Hatten, Melaka – 27 JULAI 2020 (Isnin) merupakan tarikh keramat kerana telah berlangsungnya empat majlis serentak di dalam dewan yang begitu indah dan dihadiri oleh semua staff Politeknik Melaka dan insan-insan istimewa yang pernah berbakti dan berkhidmat mencurahkan pengalaman dan ilmu di Politeknik Melaka iaitu mantan Pengarah Tn. Hj Abd Aziz bin Abu Bakar dan mantan Timbalan Pengarah En. Mohd Ariffin bin Aman. Sesi pertama berlangsung dengan majlis seminar yang bertajuk ‘Cabaran Pembelajaran Digital Era Normal Baharu yang telah disampaikan oleh En Hishamuddin Shah bin Ibrahim selaku Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

    

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh (APC) tri bulanan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 kepada staff PMK. Antara Anugerah yang disampaikan ialah APC bagi program PMICC yang telah dijalankan pada 7 dan 8hb Mac 2020. Mereka terdiri dari kalangan Staf JKM sendiri iaitu En Mohd Faiz bin Razali , En Amizan Yahaya bin Jamil dan Ts.Abd.Halim bin Mahat.

 

Majlis diteruskan bagi meraikan persaraan Pengarah Politeknik Melaka yang tersayang iaitu En. Charim bin Berahim . Sepanjang perkhidmatan selama 19 bulan En Charim sebagai Pengarah Politeknik Melaka telah meletak batu asas dalam menjalinkan kolaborasi samada pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

 

        Kami semua mendoakan kepada En. Charim bin Berahim yang akan bersara pada 01.08.2020 ini dan pegawai-pegawai yang bertukar ke Politeknik semoga sentiasa dirahmati oleh Allah Taala dan diberi kesihatan yang baik dan semoga berjaya dalam lapangan yang diceburi didalam fasa baru.

 

Kalau ada sumur di ladang

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi

 

 

Pohon selasih di dalam kolam

Anak haruan berenang-renang

Terima kasih kami ucapkan

Budi tuan menjadi kenangan