10 November 2020 (SELASA)

Telah berlangsung taklimat kerjaya sempena Program I3Ce siri II 2020. Taklimat yang sepatutnya dilaksanakan di MMU Melaka terpaksa dibuat secara maya oleh kerana PKPB.
Pelajar yang terlibat dengan taklimat ini adalah semua pelajar kelas DKA4A & 4C, DKM4A, DPI4A, DAT5A, DAT5B & DAT5C. Kehadiran pelajar adalah 100% hadir. Alumni PMK juga terlibat dalam menjayakan program ini. 
 
Penceramah jemputan telah diundang iaitu En Rizal bin Selamat dari MMU, Puan Anis Amira binti Rajis dan En Mohd Asyroff bin Asmi dari PERKESO Melaka, COO CTRM Aero Composite Sdn Bhd iaitu En Nor Azham bin Baharin dan juga alumni PMK, Puan Haszurinis binti Yusoff dari SwCorp Melaka. 
 
 
Program I3Ce ini merupakan salah satu program yang akan dijalankan setiap semester di PMK dan ini kali pertama taklimat ini dijalankan secara dalam talian.
 
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Taklimat Kerjaya Sempena Program I3Ce siri II 2020.