Melaka – Pada 22 dan 23 Julai 2020 iaitu hari Rabu dan Khamis, Jabatan Perdagangan telah mengadakan satu program Bengkel Pemantapan Kemahiran Insaniah (Upskilling) bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka. Bengkel selama dua hari ini telah diadakan dengan kerjasama dari Institut Pendidikan Guru (IPGK) Perempuan Melayu Melaka. Bengkel ini telah dikendalikan oleh tiga orang penceramah jemputan dari IPGK iaitu Encik Ahmad Suhaizan Bin Pandak, Puan Zurinah Bt Ahmad dan Dr. Mahani Binti Ismail.  

   

Objektif bengkel ini dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Mematuhi keperluan sijil pemantapan Akreditasi MQA Edisi ke-2 (MQA-04).
  2. Membantu pensyarah memiliki pengetahuan konsep insaniah dalam melaksanakan proses PdP dengan lebih baik.
  3. Memberi kemahiran kepada pensyarah dalam menjalankan penerapan insaniah di dalam kelas dan seterusnya membentuk pelajar yang berjaya dalam menceburi bidang pekerjaan nanti.

 

Antara pengisian bagi bengkel selama dua hari ini, dimana terdapat beberapa slot yang telah ditetapkan oleh urusetia dan bengkel telah dimulakan dengan slot “ice-breaking”, disambung dengan slot seterusnya iaitu personaliti, pembinaan kendiri, roh pendidik dan akhir sekali slot “action plan”.

   

 

  

Bengkel yang telah dilaksanakan ini diharap dapat memberikan impak seperti dapat memenuhi keperluan kompetensi staf akademik khususnya di Jabatan Perdagangan dalam melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan. Selain itu, ia juga adalah selaras kehendak MQA-04 nanti di mana perlu mempelbagaikan pendekatan pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar yang berjaya secara keseluruhan.