AUDIT BERKAITAN DATA BAKI AWAL ASET TAK ALIH POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI OLEH UNIT AUDIT DALAM, KPT
Politeknik Melaka, 14 Julai 2020 – Unit Audit Dalam, Kementerian Pengajian Tinggi telah menjalankan Verifikasi Data Baki Awal Aset Tak Alih (ATA) di Politeknik Melaka. Verifikasi dijalankan adalah bertujuan untuk mengesahkan data ATA sehingga 30 Jun 2020 yang melibatkan Aset Tak Alih Tanah (ATAT) dan Aset Tak Alih Bangunan (ATAB). Turut hadir bersama semasa sesi pengauditan dijalankan adalah pegawai daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri bagi tujuan pengesahan maklumat bersama.