Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Antara Politeknik Melaka dan Pihak Industri
Politeknik Melaka, 15 Julai 2020 - Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik antara Politeknik Melaka dan Pihak Industri telah diadakan pada 15 Julai 2020 bertempat di Bilik Persidangan Politeknik Melaka. Majlis bermula jam 9 pagi untuk sesi pertama yang dihadiri oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Melaka beserta Penolong Pengarah dan staf dari agensi masing-masing.
Pada sesi kedua jam 2.30 petang, majlis telah dihadiri oleh 4 agensi iaitu Institut Latihan Peindustrian Pedas, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil, dan RESQ Devices Enterprise. Majlis dihadiri bersama Penolong Pengarah dari agensi masing-masing.
Diharapkan jalinan kolaborasi yang terjalin ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.