INNOCOM, 15 Julai 2020 -  Sebanyak 4 kumpulan inovasi dari Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka telah menyertai International Innovation Competition (INNOCOM2020) dan berjaya mendapat 3 anugerah SILVER dan 1 BRONZE. Penyertaan ini merupakan satu pendekatan untuk memberi peluang kepada para pensyarah dan pelajar bagi meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam penyelidikan dan inovasi. Program anjuran anjuran Academic International Dialogue (AID) Conference Malaysia ini telah berlangsung secara sepenuhnya secara maya melalui penghantaran video pembentangan bermula dari 1–5 Julai 2020. Pertandingan secara maya ini merupakan norma baharu kesan pandemik COVID-19. Secara tidak langsung, ia berjaya merangsang kreativiti pensyarah dan pelajar dalam pembentangan projek inovasi melalui penghasilan video yang kreatif.

 

   

 

  

Tajuk projek inovasi yang dipertandingkan adalah :

 (1)          Cost and Management Accounting Scanning Codes (COMASC) oleh Pn. Nurul Safwanah binti Muhammad Saleh, Pn. Siti Zakiah binti Abu Bakar dan Pn. Rosmaria binti Ismail – SILVER AWARD

 (2)          IB4U Smart Study oleh Pn. Nurena binti Abdullah dan Pn. Emilya binti Zurda - SILVER AWARD

 (3)          Pengurusan Prestasi E-Mtaq oleh Pn. Siti Zakiah binti Abu Bakar - SILVER AWARD

 (4)          SC FIFO oleh Pelajar DAT 5B di bawah seliaan Pn. Siti Zakiah binti Abu Bakar - BRONZE AWARD

 

Sekalung tahniah diucapkan.  Semoga ianya menjadi pemangkin kepada kejayaan yang seterusnya untuk Politeknik Melaka.

 

Sumber : Nurul Safwanah dan Rosmaria.