MESYUARAT BERSAMA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, NEGERI MELAKA
BUKIT KATIL, MELAKA, 14 Julai 2020 - Pengarah Politeknik Melaka, Encik Charim Ibrahim @Berahim telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bukit Katil bersama-sama Timbalan Pengarah, Encik Mohd Azamri Bin Kandari dan pegawai-pegawai dari Politeknik Melaka.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusi oleh PPjB Abu Obaidat bin Hj Mohamad Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka dan juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari jabatan tersebut bagi bersama-sama membincangkan berkaitan pengurusan bangunan Politeknik Melaka serta mewujudkan jalinan kolabrasi di antara kedua-dua belah pihak.