KUNJUNGAN HORMAT POLITEKNIK MELAKA KE PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA
MELAKA, 10 Julai 2020 - Kunjungan hormat oleh Pengarah Politeknik Melaka, Encik Charim Ibrahim @ Berahim, Timbalan Pengarah, Encik Mohd Azamri Bin Kandari serta jawatankuasa kampus PMK ke Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri bagi membincangkan mengenai permohonan tapak bagi pembinaan kampus baharu Politeknik Melaka.
YAB Datuk Haji Sulaiman Bin Md Ali telah menerima baik cadangan pembangunan kampus baharu Politeknik Melaka dan seterusnya menyokong penuh usaha mempertingkatkan bidang pendidikan khususnya kemahiran teknikal dan vokasional di Negeri Melaka.