PUTRAJAYA, 9 Julai 2020 - Kunjungan hormat oleh Pengarah Politeknik Melaka, Encik Charim Ibrahim @ Berahim, Timbalan Pengarah, Encik Mohd Azamri Bin Kandari serta jawatankuasa kampus PMK ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan permohonan kampus baharu Politeknik Melaka.

       

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Ts. Zainab Binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK dan turut dihadiri oleh Ts. Roseman Bin Mat Jidin @ Jidin dan Puan Hafizah Rina Binti Abas daripada  Unit Infrastruktur & Fasiliti.