LAWATAN KUNJUNG HORMAT KE JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, NEGERI MELAKA DAN PERBINCANGAN KOLABORASI STRATEGIK
Melaka, 7 Julai 2020 - Pengarah En Charim bin Ibrahim @ Berahim bersama Timbalan Pengarah & pegawai dari Politeknik Melaka telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke pejabat pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Melaka, En. Mohd Rizal Hashim serta mengadakan perbincangan kolaborasi dua hala diantara PMK dan Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Melaka. Perbincangan kolaborasi ini memfokuskan kepada membantu memperbaiki komunikasi bersemuka mahasiswa khususnya di alam pekerjaan melalui kursus-kursus softskill, kerjasama melatih pelajar dalam pengacaraan majlis, membangunkan jati diri mahasiswa melalui program-program yang dianjurkan dan memperkasakan pensyarah dalam membangunkan kandungan pembelajaran digital yang kreatif dan inovatif. En Charim bin Ibrahim @Berahim berharap kolaborasi ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Politeknik Melaka secara meluas dan dapat memberi impak yang besar dalam anggota masyarakat.