Sumber : En. Mohd Azamri Bin Kandari

6 April 2020, Melaka - Politeknik Melaka melalui Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya melaksanakan Projek Safety Face Shield PMK dimana sebanyak 20 unit face shield yang dihasilkan menggunakan mesin 3D printer telah siap dan diserahkan kepada Klinik Kesihatan Rembia, Melaka. Projek yang dikendalikan hasil usaha tiga orang pensyarah Politeknik Melaka iaitu Tn. Hj. Ishak Bin Ibrahim, En. Haizal Bin Mohd Hamzah dan En. Saifulnizam Bin Zakariah merupakan salah satu usaha yang diambil oleh pihak PMK bagi membantu barisan frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi pengurusan wabak penyakit COVID-19 yang sedang melanda negara kita khususnya. Projek ini turut mendapat sumbangan dari kalangan staf PMK. Serahan perkakasan tersebut telah diserahkan kepada Dr. Ain di Klinik Kesihatan Rembia pada 6 April 2020. Semoga usaha ini dapat membantu pihak pengurusan dan barisan petugas kesihatan yang bertungkus lumus dalam memastikan pesakit yang berdepan wabak penyakit ini dapat dibantu.