Sumber : Fara Haszillah binti  Hasim

Pada 26 – 28 Oktober 2020, telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif Horizon Baharu 2020 (KIK HB) di Kolej Komuniti Kepala Batas,Pulau Pinang. Program ini telah dijalankan secara ‘virtual’ dimana semua peserta KIK HB 2020 yang terlibat hanya perlu dinilai secara pembentangan atas talian daripada tempat masing-masing. Dua kategori telah dipertandingkan didalam KIK HB 2020 ini iaitu Kategori Sosial dan Kategori Perkhidmatan. 47 kumpulan daripada pelbagai Politeknik dan Kolej Komuniti telah menyertai pertandingan ini bagi kedua-dua kategori secara keseluruhannya. Kumpulan Albab Tech yang menghasilkan produk Multiple Framing Adjuster telah mewakili Politeknik Melaka dalam pertandingan ini. Kumpulan Albab Tech telah berjaya merangkul Pingat Emas dan memenangi gelaran Naib Johan bagi Kategori Perkhidmatan dalam pertandingan tersebut. Kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli ini adalah hasil gabungan daripada tiga Jabatan Kejuruteraan yang berbeza iaitu daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan  Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Syabas dan tahniah kepada semua ahli Kumpulan Albab Tech diatas kejayaan ini.