02 hingga 06 November 2020 - Bertempat di MITC Hotel Melaka, telah berlangsung Program PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) Career Advancement Programme (CAP) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Politeknik Melaka telah dipilih untuk mengendalikan program yang bertajuk Failure Mode and Effect Analysis (FMEA). Program PENJANA ini merupakan program upskilling, reskilling untuk membantu graduan meningkatkan kemahiran seterusnya mendapatkan pekerjaan untuk mereka. Ini adalah usaha pihak KPT, JPPKK dan PMK dalam membantu kebolehdapatan kerja kepada graduan. CISEC telah dipertanggungjawabkan dalam menjayakan program FMEA ini.

 

 

Auto Prima College telah dilantik sebagai konsultan yang telah menjayakan Program FMEA ini. En Shahidan bin Che Azmi merupakan Manager Auto Prima dan En Mohd Nizam bin Mohd Amin merupakan tenaga pengajar untuk FMEA ini Seramai 27 orang peserta telah hadir.

 

 

 

Majlis penutup FMEA ini telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Melaka iaitu Sr. Haji Razali bin Johari dan diserikan dengan kehadiran CEO Auto Prima iaitu En. Juhaidi Yean Abdullah.