e-Debat Parlimen MPP
Politeknik Melaka, 30 Oktober 2020 - Seramai 42 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar di Politeknik Melaka telah menyertai Program e-Debat yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP). Program e-debat MPP ini telah berlangsung secara diatas talian menggunakan aplikasi “Microsoft Teams”. Pada 23 Oktober 2020 peringkat pertama kalah mati, program ini telah bermula pada jam 9 pagi dan telah berakhir pada jam 5 petang. 24 Oktober 2020 menyaksikan pertembungan diperingkat separuh akhir bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Penentuan tempat ke-3, ke-4 dan penentuan juara telah diadakan pada 30 Oktober 2020 bermula pada jam 8 malam hingga jam 10 malam. Perlawanan akhir ini juga telah disiarkan secara siaran langsung melalui Facebook MPP Politeknik Melaka dan disaksikan oleh ramai pelajar-pelajar dan pensyarah Politeknik Melaka.
Juara pertandingan e-debat MPP ini dirangkul oleh pasukan yang diwakili oleh Siti Nurfarhana, Muhammad Hafiz dan Selva. Siti Nurfarhana juga telah merangkul pendebat terbaik di pusingan akhir e-debat. Naib juara dimenangi oleh pasukan diwakili oleh Nur Aqilah, Tashwini dan Shairil manakala pasukan diwakili oleh Mira Wahidah, Huvin Raja dan Nurina Adriana telah mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan.