e-Sport PUBG CHAMPION LEAGUE. Penyertaan adalah wakil pemenang 4 skuad daripada setiap jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan.

Seramai 64 pelajar Politeknik Melaka telah menyertai program ini selama 3 jam . Program ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Program ini bertujuan untuk mencari pasukan juara antara jabatan mereka dan terbukti Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pasukan yang menjadi juara. Tahniah diucapkan kepada pasukan Lacoste kerana menjadi juara di e-Sport PUBG Champion League 2020 dan juga kepada semua pasukan pemenang. Juara membawa pulang hadiah berupa wang tunai, medal, trofi serta hamper. Terima kasih kepada pasukan yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Terima kasih juga kepada semua pasukan MPP yang telah menjayakan program

ini.