Melaka, 23 Oktober 2020 -  Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Virtual Aerobic ini untuk julung kali secara virtual akibat Pandemik Covid -19 yang telah menghadkan aktiviti pengantarabangsaan merentasi sempadan. Program ini merupakan program anjuran Unit Pengantarabangsaan & Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, dengan kerjasama Unit Pembangunan Instruktional dan multimedia serta Unit Teknologi Maklumat. PMK telah berjaya mendapatkan penglibatan daripada rakan kolaborasi rapat daripada Indonesia iaitu Politeknik Negeri Sriwijaya, Politeknik Negeri Bengkalis, Politeknik Negeri Medan, Politeknik Negeri Bandung, Politeknik Negeri Bali dan Politeknik Negeri Jakarta. Aktiviti senamrobik secara Virtual ini merupakan naratif baharu yang lebih bermakna dan lestari dalam memastikan aktiviti Pengantarabangsaan Politeknik Melaka dapat dilaksanakan meskipun wujudnya limitasi kesan sepanjang situasi COVID - 19 ini. Google meet dengan jelasnya , bukan hanya boleh digunakan untuk process pengajaran dan pembelajaran , malah boleh dieksploitasi untuk program-program lain.

 Seramai 175 staf dan pelajar daripada Politeknik Melaka dan 6 Politeknik dari Indonesia telah berdaftar dan mengikuti program ini dan akan dianugerahkan sijil penglibatan ‘e-certificate’. Mengikut pengurus projek, Cik Nurul Safwanah Bt Muhammad Saleh, tujuan utama penganjuran Program Virtual Aerobics ini adalah untuk memupuk dan menanam semangat mengutamakan senaman dan kesihatan dengan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas melalui senamrobik khasnya ketika dunia dilanda pandemik Covid 19. Program seperti ini, bukan sahaja mampu meningkatkan kecergasan, malah dapat memperkembangkan sahsiah diri melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi kepimpinan dan disiplin.

 

Selain daripada itu, program ini antara lain, bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan sosial dan sillaturrahim dengan Politeknik dari Indonesia yang sering berkolaborasi bersama Politeknik Melaka dalam melaksanakan aktiviti.Meskipun kesan daripada Pandemik Covid-19 ini menghadkan aktiviti pengantarabangsaan dilaksanakan di negara luar, namun ia tidak mematahkan kita untuk memikir luar kotak. Walaupun, kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai secara fizikal di sini, tetapi kita masih dapat berkumpul secara maya melalui penggunaan platform Google Meet bagi menjayakan Program Virtual Aerobic ini. Pelaksaan program sebegini bukan sahaja dapat memupuk semangat cintakan kecergasan dan kesihatan malah dapat terus mengekalkan hubungan kolaborasi yang sering terjalin seperti sebelum ini.

 

Adalah diharapkan program sebegini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan walaupun selepas sempadan dibuka kerana ia boleh memenuhi KPI dan objektif program dengan penggunaan bajet yang sangat minima.