22 September 2020 - Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET 2020 (PERISA’20) adalah salah satu usaha penting untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik institusi TVET di Malaysia. Sebanyak 5 kumpulan inovasi dari Politeknik Melaka telah menyertai PERISA’20 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang. Penyertaan ini merupakan satu pendekatan untuk memberi peluang kepada para pensyarah bagi meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan dalam penyelidikan dan inovasi.

 

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan dalam PERISA’20 anjuran Kolej Komuniti Temerloh & JPPKK iaitu Kategori Teknologi Maklumat, Teknologi Kejuruteraan, Sains Sosial dan Pembelajaran & Pengajaran. Berikut adalah keputusan yang diperolehi oleh kumpulan dari PMK.

 

BIL

NAMA AHLI KUMPULAN

TAJUK INOVASI

PENCAPAIAN

 

1

Marina Binti Abu Bakar (K)

Adlena Hany Binti Abu Adam

Saifulnizam Bin Zakariah

The LEC Model In Language Learning

Emas

 
 

2

Md Saifuddin Bin Md Yusop (K)

Ts. Mohd Farizzal Bin Dolah Muhamad

Ishak Bin Ibrahim @ Yem

Propeller Shaft Jack

Emas

 
 

3

Hussein Bin Md Zan (K)

Sinatu Sadiah Binti Shapie

Ts. Mohd Azamri Bin Kandari

Pembangunan E-Projek Pelajar Di Politeknik Melaka

Emas

 
 

4

Ts. Zahidi Bin Zamzuri (K)

Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus

Rekabentuk Pangkalan Data Dalam Talian Bagi Aset Dan Inventori Dengan Menggunakan QR Kod (SPAQRC)

Emas

 

5

Ts. Zahidi Bin Zamzuri (K)

Azlina Binti Nordin

Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus

3 Phase Star Delta Trainer

Perak

 
 

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi THE LEC MODEL IN LANGUAGE LEARNING telah berjaya mendapat Anugerah Juara bagi Kategori Pembelajaran dan Pengajaran, PERISA’20.

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi penggerak dalam menggalakkan warga PMK untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang