22 SEPTEMBER 2020 –. Cawangan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 22 September 2020 hingga 24 September 2020 di Makmal Geoteknik, Politeknik Melaka. Program ini telah di hadiri oleh staf Politeknik Melaka bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

  

Program Hari Bertemu Pelanggan ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada semua staf Politeknik Melaka dalam membuat semakan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP), Fail Peribadi dan pengemaskinian Perisytiharan Harta. Turut hadir sama pada program tersebut adalah Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj. Razali bin Johari dan Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, Ts. Mohd Azamri bin Kandari.

 

Cawangan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada staf Politeknik Melaka yang telah berjaya menghadirkan diri dan memberikan kerjasama semasa membuat semakan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) dan sepanjang Hari Bertemu Pelanggan berlangsung.