23 SEPTEMBER 2020, Politeknik Melaka - Commerce Department Society (CODES) telah menganjurkan Program 'Talk Show With Aliff Teega & Aisyah Hijanah' yang bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Program ini dilaksanakan oleh Exco Kebajikan & Kerohanian CODES untuk memberi sedikit nasihat, motivasi dan panduan akan hala tuju sebagai pelajar sekarang dan seterusnya hala tuju selepas graduasi kelak. Program ini disertai oleh 2 orang pensyarah dan 90 orang pelajar yang terdiri daripada ahli jawatankuasa CODES serta para pelajar pelbagai jabatan yang ada di Politeknik Melaka.

 

Menurut pengarah program ini, iaitu saudara Muhammad Nursyamil Bin Norazam, beliau amat terharu dengan komitmen yang sangat tinggi yang diberikan oleh ahli jawatankuasa program dan kesudian para pelajar meluangkan masa untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat daripada penceramah.  Pelaksanaan program ini telah membuktikan bahawa para pelajar amat dahagakan program yang dapat memberikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada mereka. Ia merupakan suatu platform yang tepat dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat dan halatuju yang betul dalam memacu kehidupan. Di samping itu, program seumpama ini juga dapat mengukuhkan hubungan di antara pelajar, pensyarah dan komuniti. Semoga program yang dijalankan dapat memberikan impak positif kepada para pelajar dalam pembentukan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.