17 September 2020, Melaka - 1 hingga 16 September 2020, seramai 41 peserta pelajar dari Politeknik Melaka menyertai Program Bulan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajr (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar (JHEPP). Program Bulan Kebangsaan diadakan sempena sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun. Progam ini berlangsung selama 14 hari iaitu bermula pada 1 September 2020 hingga 14 September 2020 . Bulan kebangsaan ini diadakan bertempat di Politeknik Melaka dan dilaksanakan secara atas talian . Sepanjang program ini berlangsung, terdapat tiga pertandingan yang diadakan seperti pertandingan swafoto, pertandingan “broadcasting” dan pertandingan sajak. Pertandingan ini mendapat sambutan yang meriah daripada mahasiswa dan mahasiswi yang berada di politeknik mahupun di atas talian. Pada 16 September 2020, pengumuman pemenang yang menyertai pertandingan diumumkan secara atas talian melalui aplikasi Youtube Politeknik Melaka. Ribuan terima kasih kepada pelajar dan tahniah kepada pemenang yang telah menyertai Program Bulan Kebangsaan.

 

 

Untuk maklumat program sila layari pautan yang telah diberikan https://youtu.be/QQedbC3tH4U