15 SEPTEMBER 2020 –. Unit Pentadbiran dengan kerjasama Unit Latihan Pendidikan dan Lanjutan, Politeknik Melaka telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod bertempat di Ibis Hotel, Melaka. Seramai 30 orang peserta telah berjaya menghadiri kursus tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan pengurusan fail dan rekod serta dapat memahami kepentingan dalam penyelenggaraan dan keselamatan rekod kerajaan. Unit Pentadbiran telah menjemput Penceramah daripada Arkib Negara Negeri Melaka iaitu Puan Norzy binti Abdul Aziz, Pembantu Arkib Kanan. Puan Norzy binti Abdul Aziz telah berkongsi tatacara dan prosuder berkenaan pengurusan fail di jabatan bermula daripada peringkat pembukaan fail sehingga prosedur penutupan fail. Antara modul yang telah dipelajari ialah Perundangan dan Peraturan Dalam Pengurusan Rekod, Pengendalian Fail, Penggunaan dan Penyenggaraan Rekod serta Pengurusan Surat Rasmi Kerajaan.

 

Semoga dengan adanya kursus ini, peserta kursus dapat mempelajari dan mempraktikkan tatacara serta prosedur pegurusan fail di peringkat jabatan.