MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI POLITEKNIK MELAKA BIL 1/2020
15 September 2020- Politeknik Melaka telah menganjurkan satu mesyuarat JK Penasihat Industri Politeknik Melaka Bil 1/2020 dengan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Tey Kok Kiew. Mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Pengarah PMK, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit serta 5 wakil dari industri terdiri daripada Mr Yang Tzuo Tzy (Sanc Group Sdn Bhd), En. Abu Bakar bin Haji Ahmad (Bcool M&E Sdn Bhd), En. Khairil Anuar bin Ahmad Maruwi (KRC Electronic), En.Radin Hanafi bin Radin Shaari (NRZ Food Industry & Supplies)dan En. Mahazir bin Ahmad (Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd.). Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh 9 orang wakil pelajar MPP dari setiap jabatan secara atas talian. Pelajar diberi kesempatan untuk mengajukan persoalan kepada JK Penasihat Industri. Mesyuarat memperbincangkan beberapa usul dan cadangan yang dibawa oleh pihak PMK dan industri ke arah memajukan TVET politeknik supaya selari dengan indsutri 4.0. Mesyuarat berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada Ybhg. Datuk Tey Kok Kiew sebagai tanda penghargaan beliau selaku Pengerusi JK Penasihat Industri Politeknik Melaka selama hampir 2 tahun. Sesi jabatan bersama industri juga turut diadakan selepas mesyuarat untuk membincangkan kurikulum jabatan, program bersama industri dan lain-lain berkaitan. Diharapkan hasil perbincangan mesyuarat ini dapat memberi manfaat kepada pelajar, pensyarah dan Politeknik Melaka ke arah menghasilkan graduan TVET yang berkualiti selari dengan kehendak industri.