Dialog MPP Bersama Pelajar
27 Ogos 2020,Melaka - 41 orang wakil pelajar dari setiap kelas di Politeknik Melaka telah menyertai Program Dialog Bersama Pelajar yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP). Program Dialog Bersama Pelajar ini telah mendapat sambutan daripada wakil-wakil setiap kelas daripada setiap jabatan yang terdapat di Politeknik Melaka. Selain itu, dialog ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna,Politeknik Melaka. Program ini telah bermula pada jam 12.30 petang dan telah berakhir pada jam 2.00 petang.
Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kepada setiap wakil pelajar di Politeknik Melaka serta mendengar pandangan dan suara pelajar Politeknik Melaka. Sehubungan dengan itu, program Dialog Bersama Pelajar ini telah memberi pelbagai manfaat kepada semua pelajar Politeknik Melaka seperti para pelajar dapat menyuarakan masalah serta pandangan yang dihadapi sepanjang proses pembelajaran di Politeknik Melaka.
Adalah diharapkan kita sebagai seorang pelajar di Politeknik Melaka perlu mengenali barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta menyuarakan pendapat mahupun masalah agar pihak atasan dapat membuat penambahbaikan Politeknik Melaka. Harapan para pelajar Politeknik Melaka adalah agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan penambahbaikan yang lebih baik. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para pelajar yang telah menyertai Program Dialog Bersama Pelajar ini.