Lacrista Hotel , 2 hingga 4 September 2020 – Jawatankuasa Kampus Baharu PMK telah melaksanakan satu Bengkel Analisis Data dan Penyediaan Laporan Untuk Kebolehlaksanaan Pembinaan Kampus Baharu yang mana objektif utama bengkel diadakan adalah untuk menyediakan analisis/dapatan data kebolehlaksanaan keperluan program serta slide pembentangan hasil analisa sebelum pembinaan kampus baharu dapat direalisasikan.

   

 

   

Bengkel tersebut juga turut dihadiri oleh Encik A. Azman Bin Arshad, Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan Program dan Institusi JPPKK dan pegawai-pegawainya, Dr. Aspalilla Binti Main dari Politeknik Merlimau dan Dr. Abdulllah Atiq Bin Arifin Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.