Makmal E-Learning , 1 September 2020 – Unit Kewangan dan Unit Aset & Stor, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan satu Bengkel Sistem ePerolehan bagi Modul Pembelian Terus kepada semua pegawai perolehan jabatan dan unit yang telah dilantik. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada semua pegawai perolehan yang berperanan sebagai pegawai peminta dalam melaksanakan perolehan secara atas talian dengan lebih jelas dan betul.

  

 

  

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Khaironnie Ng Bin Mohd Raisman Ng, pegawai daripada Commerce Dot Com (CDC).