Barisan Kepimpinan CESAC PMK sesi 2020

 

08 September 2020 – Anugerah Ketua Jabatan dan Watikah Perlantikan, JKA anjuran Kelab ‘CIVIL ENGINEERING STUDENT’S AFFAIRS CLUB’ (CESAC) telah diadakan di Dewan Serbaguna, PMK. Program ini dirasmikan oleh Puan Radziah binti Abdul Rahman selaku Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam dan disaksikan oleh para penasihat ahli Kelab CESAC dan siswa siswi Jabatan Kejururteaan Awam Politeknik Melaka. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan amanah bagi meneruskan lagi kejayaan dan tanggungjawab  mereka untuk terus berbakti kepada politeknik pada masa akan datang. Terdapat 82 orang mahasiswa JKA yang menerima anugerah dan seramai 45 orang ahli Kelab CESAC yang menerima watikah perlantikan. Majlis berjalan dengan lancar disamping mematuhi garis panduan perlaksanaan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
 
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan AJK CESAC PMK sesi 2020
 
Di antara pelajar yang hadir sebagai penerima Sijil Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) sesi Dis 2019