07 September 2020, PMK – Satu Program JOM SARAPAN, JKM anjuran MESAC Politeknik Melaka dengan kerjasama Kelab Staff JKM, PMK telah diadakan di wakaf PMK, dengan matlamat untuk memberi sumbangan makanan dan minuman kepada siswa siswi Politeknik Melaka. Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah PMK, Ts Mohd Azamri Bin Kandari dan disaksikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Encik Hishamuddin Shah Bin Ibrahim serta para pensyarah dan siswa siswi JKM. Program ini akan dijalankan secara berkala iaitu pada minggu pertama setiap bulan sepanjang tempoh P&P berjalan. Sumber dana adalah hasil sumbangan dari kalangan Staf JKM sendiri.