03 September 2020, Tehel & Nyalas – Satu Program Ziarah Kasih dengan tema “Kami Peduli” anjuran Persatuan Alumni Politeknik Melaka dengan kerjasama YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) Melaka, MyFundAction dan MESAC telah diadakan di Kampung Tehel & Nyalas, Melaka. Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Encik Hishamuddin Shah Bin Ibrahim turut meluangkan masa bersama team yang terlibat menyertai konvoi ziarah kasih ini bagi mewakili PMK menyokong dan memberi semangat kepada usaha murni ini. Encik Khairul Nizam bin Khairuddin selaku Pengerusi Persatuan Alumni Politeknik Melaka, Encik Mohd Hafiz bin Salleh wakil Alumni JKM, Cik Shahidah Binti Hj Othman Ketua Unit Operasi MyFundAction serta Ust Muzaffar Bin Abd Rahim dari YADIM Melaka sangat mengalu alukan penglibatan dari pihak PMK.

 

 

  

Pihak Persatuan Alumni juga telah menjemput MESAC untuk turut serta dalam misi bantuan ini penasihatnya Encik Muhamad Faiz Bin Jofri dan 5 orang siswa siswi JKM telah dijemput untuk program ini dengan matlamat untuk membimbing siswa siswi agar menjadi pelapis suatu hari nanti seterusnya merapatkan hubungan antara Politeknik Melaka dan dengan masyarakat Kampung Tehel & Nyalas, Melaka. Program ini diteruskan lagi dengan sesi rancangan di radio Melaka dalam segmen GEMA YADIM@MELAKA fm pada pukul 9.15mlm-10.00mlm pada hari yang sama. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan kerana ianya memberikan makna dan impak yang tinggi kepada kedua-dua pihak, peserta dan masyarakat di kampung itu.