24 OGOS 2020 - En Rizal Selamat bersama wakil dari MMU telah hadir ke PMK untuk sesi perbincangan berkisar tentang peluang pelajar dan graduan PMK untuk sambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda di MMU. Banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pelajar selain dari pinjaman yang sedia ada, pinjaman dari MARA juga boleh dimohon oleh pelajar. Peluang untuk credit transfer kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama juga dibincangkan. Begitu juga dengan perbincangan mengenai facilities yang ada di MMU seperti dewan di sana boleh dimohon untuk diguna pakai jika ada program yang ingin dijalankan. Terima kasih kepada pihak MMU kerana sudi hadir ke PMK dan semoga perbincangan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan graduan PMK serta menjalinkan hubungan baik antara PMK dan MMU.