SEMAKAN SEMULA PEMBANGUNAN MODUL STEAM ALGEBRA (FASA 2) DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK DI FKAB, UKM
19 Ogos 2020, UKM – Program STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics) dilaksanakan di institusi dengan tujuan mendidik generasi muda supaya dapat menceburkan diri dalam bidang inovasi dan membentuk kemahiran dalam kerja yang berorientasikan kemahiran STEAM.
Program Semakan Semula Pembangunan Modul STEAM Algebra (Fasa 2) dan Pengkomersialan Produk ini dijalankan bertujuan untuk berbincang berkenaan jadual kerja dan pemberatan kedua-dua institusi, pembahagian tugas antara institusi dari segi material, pembangunan produk, strategi pemasaran, jualan, pengkomersialan dari segi IP, untung rugi, kos pembangunan modul dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menjalankan semakan terakhir modul STEAM Algebra.
Program dihadiri oleh 5 orang staf selaku penulis modul dari Jabatan Matemtaik, Sains dan Komputer (JMSK) dan 2 orang pegawai dari Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) Politeknik Melaka. Perbincangan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 3 petang. Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat FKAB, UKM dengan dihadiri oleh 5 orang staf UKM termasuk Dr. Kalaivani A/P Chellappan dan 2 orang pegawai komersialan dari UKM.
Semoga usaha murni dalam pembangunan tiga modul STEAM Algebra ini akan dapat memberi manfaat kepada pensyarah, para pelajar dan masyarakat serta dapat mengeratkan lagi jalinan kolaborasi antara PMK dan FKAB, UKM.