Politeknik Melaka, 23 Julai 2020 - Majlis penyerahan surat kelulusan penuh bagi pelanjutan penyewaan tiga (13) lot bangunan sewaan kepada Pengarah Politeknik Melaka, Encik Charim Bin Ibrahim @ Berahim Politeknik Melaka telah disempurnakan dengan rasminya oleh PPjB Abu Obaidat bin Hj Mohamad, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka pada 23 Julai 2020 di Bilik Persidangan Politeknik Melaka. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Bomba dan pegawai-pegawai daripada Politeknik Melaka. Pada majlis itu juga, PPjB Abu Obaidat bin Hj Mohamad turut dijemput bersama-sama tuan Pengarah Politeknik Melaka bagi merasmikan penggunaan hose reel sebagai tanda selesainya pemeriksaan susulan daripada pihak bomba dan juga penyerahan surat kelulusan penuh pelanjutan penyewaan secara rasminya. Diharapkan dengan adanya jalinan kolaborasi ini akan dapat memberi impak dan manfaat yang baik kepada kedua-dua belah pihak.