Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh : Nur Nazihah binti Mohd. Fauzi

 

PROGRAM YOUNG LEADERS NEGERI MELAKA TAHUN 2026 BERJAYA MEMBENTUK BAKAT PEMIMPIN MUDA

Melaka, 25 Julai 2026 - Seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka, PRS POLYCC Negeri Melaka dan ADTEC JTM Negeri Melaka telah menyertai Program Young Leaders Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Qashrina Hotel & Resort, Pantai Puteri, Melaka. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator daripada Outdoor Recreation Training & Supplier (OUTREC).

 Majlis Perasmian Penutup Program telah disempurnakan oleh Dr. Azlan bin Muharam, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Melaka. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Abdul Rasyid bin Ab. Majid, Pengurus Outdoor Recreation Training & Supplier, Puan Chee Guey Ling, Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Bukit Beruang yang mewakili POLYCC Negeri Melaka dan Encik Mohd Aizat bin Shamsudin, Pegawai Psikologi Proton Institute yang mewakili ADTEC JTM Negeri Melaka.sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan penganjuran program ini.

 Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta, membina keyakinan diri ketika berhadapan dengan pelbagai situasi, memperkukuh kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan, serta membentuk sahsiah dan personaliti yang lebih mantap sebagai pemimpin rakan sebaya. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada peserta mengasah kemahiran membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan memupuk semangat kerjasama antara institusi.

 Diharapkan penganjuran program ini dapat melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing, sekali gus bersedia menyumbang kepada pembangunan mahasiswa serta kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan.

 

Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka

 

 

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas