Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh : Nur Nazihah binti Mohd. Fauzi

 

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) POLITEKNIK MELAKA

Melaka, 26 Julai 2026 - Telah berlangsung dengan penuh gemilangnya, Majlis Watikah Pelantikan Majlis Tertinggi dan Exco Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka di Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Nor Azah binti Mat Sout, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. Turut memeriahkan majlis ialah Puan Amira binti Abdul Wahid, selaku Penasihat PRS Politeknik Melaka yang sentiasa komited dalam membimbing dan menyokong pembangunan kepimpinan PRS.

 Majlis ini bertujuan mengiktiraf pelantikan barisan kepimpinan baharu PRS serta memberi amanah kepada mereka untuk memimpin organisasi, menjadi contoh kepada rakan siswa dan menggerakkan pelbagai program pembangunan sahsiah, kepimpinan serta kesejahteraan mahasiswa.

 Pada majlis tersebut turut diadakan sesi dialog antara barisan Majlis Tertinggi dan ahli PRS Politeknik Melaka yang terpilih. Majlis gemilang ini telah dikendalikan dengan lancar hasil kerjasama erat, usaha serta komitmen yang tinggi daripada barisan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka.

 Semoga barisan kepimpinan PRS yang dilantik dapat menggalas amanah dengan penuh dedikasi, berintegriti dan bersemangat dalam memperkukuh peranan PRS sebagai rakan pembimbing yang berwibawa, sekali gus menyumbang kepada pembangunan mahasiswa yang holistik di Politeknik Melaka.

 

 Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka

 

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas