Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Pengenalan

| Pengenalan Program |
Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan Jabatan Induk Politeknik Melaka yang berfungsi untuk mengawalselia pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan). Pelajar akan dilatih dan didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik yang menjurus kepada sistem kawalan elektronik di industri.
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ini merangumi bidang yang luas di dalam elektronik kejuruteraan dengan pengkhususan kemahiran elektronik yang digunakan di dalam bidang proses dan automasi industri.
Program ini direkabentuk dengan berasaskan kejuruteraan elektrik dan elektronik, serta merangkumi kemahiran Matematik, Asas Elektrik & Elektronik, Asas Pengaturcaraan Komputer, Asas Sistem Komunikasi, Peranti Semikonduktor, Pemasangann Pendawaian dan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD).
Kursus-kursus pengkhususan termasuklah: Sistem Kawalan PLC (Programmable Logic Controller) dan Automasi, Instrumentation, Control system serta Pengukuran Process (Process Measurement).
Pembangunan Modal Insan: Melalui kursus Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Ko-kurikulum, Kemahiran Insaniah dan Keusahawanan.

| Objektif Kualiti JKE |
- Melaksanakan sekurang-kurangnya 1 projek inovasi/penulisan setiap tahun.
- Memastikan 100% staf menghadiri kursus pekeliling.
- Memastikan 100% pelajar lulus dalam penilaian Latihan Industri.
- Pemantauan disiplin sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
- Melaksanakan 1 kolaborasi aktif dalam usahasama berterusan.
| Piagam Pelanggan JKE |
- Pendaftaran kursus selesai sebelum tarikh akhir.
- PdP dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.
- Aktiviti holistik bagi memperkasa jati diri pelajar.
- Program perkongsian ilmu kemahiran TVET.







