Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Disediakan oleh: Azizul Izham bin Abdul Rahim

 

Melaka, 21 Sept 2026 – Seramai 312 orang pelajar semester akhir (Semester 5 dan 6) telah menyertai Program Career Launchpad: Resume, Grooming & Employability anjuran Unit Kerjaya, CISEC Politeknik Melaka (PMK) dengan kerjasama pihak industri yang bertempat di Dewan Akademia (DEKA), PMK.
 
Program disertai oleh pelajar yang terdiri daripada Diploma Perakaunan, Diploma Perniagaan Antarabangsa, Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kawalan), Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan persediaan kepada para pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan, khususnya melalui pengisian berkaitan Grooming Profesional, Teknik Resume Berkesan, Persediaan Kerjaya serta Perkongsian Industri.
 
Antara pengisian menarik ialah sesi perkongsian daripada PERKESO Melaka yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Abdullah yang memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai persediaan memasuki pasaran kerja serta aspek penting dalam membina kebolehpasaran graduan.
 
Turut menjayakan program ialah Haji Madhi bin Tan Sri Dato’ Sri Abdul Hamid, Director and Chief Executive Officer, Victory Inspire Billionaires, sebuah agensi Unit Trust bersama Kenanga Investors dan Takaful bersama Zurich Takaful yang berpusat di Kuala Lumpur. Perkongsian beliau memberikan perspektif industri serta motivasi kepada pelajar dalam membina keyakinan dan hala tuju kerjaya.
 
Sementara itu, sesi perkongsian industri turut disampaikan oleh Madam Mindy Lee, Staff Program Manager, Micron Memory Sdn. Bhd., Pulau Pinang berkenaan gambaran sebenar mengenai keperluan dan cabaran dalam dunia pekerjaan serta kemahiran yang perlu dimiliki oleh bakal graduan bagi memenuhi kehendak industri.
 
Program ini diharapkan dapat membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih mantap sebelum melangkah ke alam pekerjaan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan PMK.
 

   

  

  

  

  

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas