PROGRAM PENANDA ARAS PRS PMK KE POLITEKNIK NILAI
Oleh : Nur Nazihah binti Mohd Fauzi
“Berkongsi Inspirasi, Memperkasa Potensi”
Politeknik Melaka meneruskan usaha memperkasakan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) melalui Program Penanda Aras PRS PMK ke Politeknik Nilai yang disertai oleh barisan PRS PMK bersama Puan Nur Nazihah binti Mohd Fauzi, Pegawai Psikologi Politeknik Melaka selaku Pegawai Pengiring.
Program ini menjadi platform untuk bertukar idea, pandangan dan pengalaman berkaitan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti PRS. Perkongsian amalan terbaik antara kedua-dua institusi turut membuka ruang kepada para peserta untuk mendapatkan inspirasi dan meneroka pendekatan baharu dalam memperkukuh peranan PRS.
🎯 Antara tujuan program adalah untuk:
🔹 Berkongsi pengalaman dan amalan terbaik pengurusan PRS.
🔹 Bertukar idea dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PRS.
🔹 Memperkasa kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
🔹 Mengeratkan jaringan kerjasama antara PRS institusi.
🔹 Meningkatkan peranan PRS sebagai rakan sokongan kepada warga pelajar.
Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh melalui program ini dapat menjadi pemangkin kepada PRS PMK yang lebih proaktif, kreatif dan berdaya saing dalam menyokong kesejahteraan serta pembangunan sahsiah pelajar.
PRS PMK — Bina Diri, Bantu Rakan. 🤝✨





















