KURSUS DRONE PILOTING & PROFICIENCY 2026
Oleh: Azizul Izham bin Abdul Rahim
Melaka, 6 September 2026 – Seramai 18 orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka telah menyertai Kursus Drone Piloting & Proficiency selama dua hari pada 5 dan 6 September 2026. Kursus anjuran Unit Collaboration, Industrial Services and Employment Centre (CISEC) ini merangkumi sesi teori, simulasi dan latihan penerbangan praktikal.
Objektif kursus adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan teknologi UAV, peraturan pengoperasian dron, aspek keselamatan serta kemahiran asas pengendalian dan penerbangan dron.
Peserta turut didedahkan kepada aplikasi dron dalam pelbagai industri seperti pemetaan, pemeriksaan bangunan serta penghasilan data udara. Latihan praktikal di Dataran Klebang meliputi teknik berlepas dan mendarat, kawalan arah dan ketinggian serta pengendalian kamera udara.
Hasil kursus menunjukkan peserta berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam pengendalian dron secara selamat dan beretika. Aktiviti menghasilkan formasi “PMK” dari udara turut memupuk kreativiti dan kerjasama berpasukan serta membuka peluang pendedahan kepada bidang pengajian dan kerjaya dalam industri teknologi dron.
























