PENGENALAN
KELAB KEBAJIKAN STAF POLITEKNIK MELAKA telah ditubuhkan di Politeknik Melaka dan ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan staf Politeknik Melaka.
Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk menjaga kebajikan staf dan juga mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kelab melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.
Tujuan pertubuhan adalah seperti berikut:
- Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.
- Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara.
- Mengadakan program yang memberi faedah bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di kalangan kakitangan Politeknik Melaka.
Follow us > FB Kelab Kebajikan Staf PMK -KKS
CARTA ORGANISASI KKS PMK

LOGO KKS
LOGO KKSPMK
KETERANGAN LOGO
Logo Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka (KKSPMK) bertemakan "Semangat Nasionalis (Kecintaan) terhadap Politeknik Melaka (PMK)" untuk merealisasikan visi dan misi politeknik
KETERANGAN REKA BENTUK
Bentuk piramid yang berwarna oren dan hitam menggambarkan penyatuan dan perpaduan semua staf akademik dan sokongan PMK dalam mencapai satu misi dan visi kejayaan PMK
Piramid wujud daripada gabungan orang melambangkan setiap warga PMK memerlukan antara satu sama lain dan memerlukan perhatian dalam menjaga kebajikan mereka tidak kira dari segi apa sekalipun.
Lambang orang menggambarkan staf PMK yang aktif dalam lapangan kebajikan, kesukanan, kebudayaan, rekreasi dan lain-lain.
KETERANGAN WARNA LOGO
Warna logo diambil bersempena warna logo Politeknik Melaka iaitu warna merah hati, kuning, kelabu dan putih. Warna yang berbeza dalam lakaran manusia menggambarkan pelbagai ragam manusia yang sebenarnya dapat disatukan dalam Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka (KKSPMK)
KELEBIHAN AHLI KKSPMK
Terdapat beberapa kelebihan menjadi Ahli Kelab Kebajikan Staf di Politeknik Melaka, antaranya adalah :
-
Sumbangan khairat kematian yang akan dibayar kepada waris atas kematian ahli atau kepada ahli sendiri atas tanggungan yang terdekat iaitu sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)
-
Sumbangan hadiah atau wang tunai bernilai RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) yang akan diberikan kepada ahli kelab yang berkahwin kali pertama di PMK bagi yang bujang/duda/janda
-
Sumbangan hadiah atau cenderahati untuk Pegawai Bertukar (dengan nilaian RM50) dan Pegawai Bersara (dengan nilaian RM 100)
-
Sumbangan wang tunai sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) kepada ahli kelab yang mengalami bencana alam.
-
Bagi ahli kelab yang sakit atau kemasukan wad akan diberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja).
-
Sumbangan hadiah atau wang tunai bagi anak-anak ahli kelab yang cemerlang dalam peperiksaan kerajaan iaitu UPSR, PT3, SPM dan STPM adalah sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) maksimum 10A dan RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) minimum 5A.
-
Sumbangan hadiah atau wang tunai sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) kepada ahli kelab yang mendapat cahaya mata pertama di PMK.