PROGRAM CELIK AKADEMIK PRS KE LADANG FARM FRESH, UPM SERDANG
Oleh : Nur Nazihah binti Mohd Fauzi
Belajar bukan hanya di dalam kelas! 📚✨
Seramai 35 orang Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka telah menyertai Program Celik Akademik PRS ke Ladang Farm Fresh, UPM Serdang. Program ini memberi peluang kepada pelajar meneroka pengalaman pembelajaran secara langsung dalam persekitaran industri.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada dunia industri, menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam kalangan PRS. Pengalaman ini turut membuka perspektif baharu kepada pelajar mengenai dunia pekerjaan dan peluang kerjaya pada masa hadapan.
Semoga pengalaman yang diperoleh dapat menjadi inspirasi kepada para PRS untuk terus belajar, meneroka dan membina diri sebagai pelajar yang berpengetahuan serta berdaya saing. 🌱✨
PRS — Bina Diri, Bantu Rakan. 💚
#PoliteknikMelaka #PMK #JHEPP #PRS #PembimbingRakanSiswa #CelikAkademik #FarmFresh #UPMSerdang #PembelajaranBermakna #BinaDiriBantuRakan





















