PELAJAR PMK TERLIBAT DALAM MESYUARAT KHAS & LAWATAN TAPAK SUKAN RAKYAT WARGA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH, 14 Ogos 2026 – Seramai 10 orang pelajar daripada Kelab Sukan Tradisional dan Kelab Keusahawanan (JSKK) serta Inkubator Agrotech RHA-KD Politeknik Melaka (PMK) telah terlibat dalam Mesyuarat Khas dan Lawatan Tapak bagi Program Sukan Rakyat Warga Alor Gajah yang berlangsung di Kg Paku, Alor Gajah.
Program ini merupakan salah satu inisiatif sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-69 Daerah Alor Gajah.
Sepanjang lawatan tersebut, pelajar PMK berpeluang berinteraksi secara langsung bersama pemimpin-pemimpin NGO serta rakan strategik Badan Amal Warga Asnaf (BAWA) Negeri Melaka dalam usaha menjayakan program kemasyarakatan ini.
Program Sukan Rakyat Warga Alor Gajah dijadualkan akan berlangsung pada 13 September 2026 di Kg Paku. Antara acara sukan rakyat yang menjadi tarikan utama ialah pertandingan Tangkap Itik.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama-sama.
#PMKFighters #JSKKPMK #InkubatorPMK #BulanKemerdekaan69




















