MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN, JABATAN PERDAGANGAN SESI I 2026/2027
MELAKA, Majlis Anugerah Ketua Jabatan, Jabatan Perdagangan Sesi I 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya memperoleh Purata Nilai Mata (PNM) 3.50 dan ke atas.
Seramai 196 orang pelajar telah menerima anugerah sebagai tanda penghargaan atas usaha, komitmen dan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian watikah pelantikan Jawatankuasa Commerce Club PMK serta wakil-wakil kelas bagi sesi 2026/2027.
Suasana majlis berlangsung dengan penuh meriah apabila para penerima anugerah berkongsi kegembiraan bersama pensyarah dan rakan-rakan atas pencapaian yang membanggakan. Pengiktirafan ini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, kepimpinan dan sahsiah.
Semoga semua penerima anugerah dan barisan kepimpinan pelajar terus menjadi suri teladan yang baik serta inspirasi kepada warga Jabatan Perdagangan dalam melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna Zawawi


























