Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Disediakan oleh: Azizul Izham bin Abdul Rahim

Durian Tunggal, 15 Ogos 2026 - Seramai 22 pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Melaka telah menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ UTeM 2026 yang berlangsung di Dewan Canselor, UTeM.
Para pelajar dibawa oleh Unit Kerjaya, CISEC Politeknik Melaka dan turut diiringi oleh pensyarah pengiring.
 
Pelajar berpeluang berinteraksi dengan 20 majikan yang menawarkan lebih 2,000 kekosongan pekerjaan, di samping menyertai pelbagai sesi perkongsian, pameran agensi dan aktiviti kerjaya.
Penyertaan ini memberi pendedahan awal kepada dunia pekerjaan, meningkatkan kemahiran komunikasi serta membantu pelajar meneroka peluang kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar atas penyertaan dan komitmen yang diberikan! 
 
     
     
        
   
 
Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas