Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh: Azizul Izham bin Abdul Rahim

Melaka, 10 Ogos 2026 - Majlis menandatangani dokumen kolaborasi antara Politeknik Melaka dengan industri/institusi pendidikan telah berjaya dilaksanakan di Asia Hotel Melaka bersempena dengan program Build Tech Connect 2026 anjuran Centre of Building Technology (CoBTech) dengan kerjasama Corporate Industrial Services and Employability Centre (CISEC). Bagi tahun 2026 ini, sebanyak satu (1) Nota Kerjasama (NoC) dan lapan (8) Surat Hasrat (LoI) telah berjaya ditandatangani bersama industri/ institusi pendidikan seperti berikut:

  1. Puan Azizah binti Ahmat, Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin (NOC);
  2. YBrs. Ir. Shahrul Nizar bin Shaari, Innovacia Sdn. Bhd. (LOI);
  3. YBrs. Ir. Zuraihi bin Abdul Ghani, CIDB IBS Sdn. Bhd. (LOI);
  4. Mr. Vincent Lai Wai Keong, Topcon Positioning Asia Sdn. Bhd. (LOI);
  5. YBrs. Encik Abang Ibrahim bin Abdul Rahman, Gamuda IBS Sdn. Bhd. (LOI);
  6. YBrs. Encik Aiman Syahmi bin Adnan, Triple C Lightning Enterprise (LOI);
  7. YBrs. Madam Vishalini Sankaran, Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd. (LOI);
  8. YBrs. Puan Aina Syahmira Binti Adnan, TCL M&E Engineering Sdn. Bhd. (LOI); dan
  9. YBrs. Ts. Muhammad Faiz Bin Kamarudin, Secretariat Advisors Malaysia Sdn. Bhd. (LOI)

Pemeteraian dokumen kolaborasi ini disempurnakan oleh Dr. Noriah binti Abdul Malek, Pengarah Politeknik Melaka, mewakili Politeknik Melaka dan disaksikan oleh Wakil Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Melaka serta Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Melaka.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ir. Shahrul Nizar bin Shaari, CEO@POLYCC Politeknik Melaka, Encik Mohd Zaidi bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Melaka dan Encik Mohamad Shafiq bin Mohamad Radzuan, Penolong Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (JPPKK) sebagai jemputan kehormat.

Semoga segala usaha dan jalinan kerjasama yang dimeterai pada hari ini, akan terus memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara serta memberi manfaat kepada semua pihak seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan TVET yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

 

 

 

 

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas