Ikuti Kami

Oleh : Amira Abdul Wahid

Melaka, 25 November 2026 - Program Inventori Perdana sempena Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi II 2026/2027 ini telah dilaksanakan pada 25 November 2026 dengan penglibatan seramai 107 orang pelajar baharu Politeknik Melaka.

Program anjuran Unit Pengurusan Psikologi, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar baharu mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Pengurusan Psikologi, di samping membantu mereka mengenali potensi serta memahami kesejahteraan diri.

Sepanjang program, pelajar telah melengkapkan saringan DASS-21 bagi menilai tahap stres, kebimbangan dan kemurungan serta telah berkongsi Inventori Gaya Belajar bagi mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran masing-masing.

Pelaksanaan program ini merupakan salah satu inisiatif awal dalam meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan mengenali diri, memahami emosi dan menjaga kesejahteraan mental. Dapatan daripada inventori dan saringan yang dilaksanakan juga dapat membantu pelajar memahami keperluan diri serta mendapatkan sokongan psikologi yang bersesuaian sekiranya diperlukan.

Berita PMK

Ke Atas