MELAKA, 25 November 2026 – Persediaan, Penyertaan, Pertanyaan dan Pergaulan. Empat perkara ini menjadi inti pati amanat Pengarah Politeknik Melaka, YBrs. Ts. Suhairi bin Ismail, ketika menyempurnakan majlis penutupan Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi II 2026/2027 di Dewan Akademia, Politeknik Melaka.
Dalam amanatnya, beliau menekankan konsep 4P sebagai panduan kepada pelajar baharu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Pelajar digalakkan membuat persediaan untuk mengikuti pengajian, menyertai aktiviti kampus secara aktif, berani bertanya apabila memerlukan bimbingan dan membina hubungan yang baik dengan warga kampus. Amalan ini diharap dapat membantu pelajar membina keyakinan dan sahsiah diri, di samping memanfaatkan peluang pembelajaran serta bersedia menghadapi cabaran sepanjang pengajian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana serta para Sukarelawan Mahasiswa atas komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran MTS kali ini.
Selamat datang dan selamat maju jaya kepada seluruh pelajar baharu Politeknik Melaka!
MTS melabuhkan tirai, namun perjalanan membina masa depan dan menggapai kecemerlangan kini bermula.
#PoliteknikMelaka #PMKFighters #TVETMADANI #MingguTransformasiSiswa




