Ikuti Kami

 

Oleh : Amira Abdul Wahid

Bandar Hilir, 27 November 2026 - Seramai lima orang Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka (PRSPMK) telah menyertai Pertandingan Treasure Hunt anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Sambutan Hari Integriti Nasional Tahun 2026 yang berlangsung pada 26 November 2026 di Taman Bunga Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Pasukan yang diwakili oleh PRS Politeknik Melaka ini telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500. Pencapaian ini merupakan hasil semangat kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang pertandingan berlangsung. Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada PRSPMK untuk mengasah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kerjasama berpasukan, malah menjadi platform memperluas pengalaman serta menghayati nilai integriti dalam kehidupan seharian. Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada PRS Politeknik Melaka untuk terus aktif, berdaya saing dan menjadi contoh rakan sebaya yang positif.

 

Berita PMK

Ke Atas