KLEBANG, 26 November 2026 โ Sempena Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi II 2026/2027, Politeknik Melaka (PMK) telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan โTVET Menyantuni Komunitiโ di Kampung Pinang, Klebang, Melaka.
Program anjuran Unit Sukarelawan PMK dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pinang ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara warga PMK dengan komuniti setempat, selain memupuk nilai kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar baharu.
Aktiviti gotong-royong yang bermula pada jam 8.30 pagi melibatkan empat kawasan utama, iaitu ruang dalaman dan persekitaran luar masjid, balai raya atau pusat komuniti serta kawasan sekitar pagar tanah perkuburan. Penglibatan para pelajar dalam aktiviti ini turut memberikan pendedahan secara langsung tentang peranan TVET dalam menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan masyarakat.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh EXCO Kesihatan dan Modal Insan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Klebang, YB Datuk Wira Lim Ban Hong. Turut hadir Pengarah Politeknik Melaka, YBrs. Ts. Suhairi bin Ismail dan Pengerusi JPKK Kampung Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Masjid Pokok Asam, Melaka, YBhg. Datuk Haji Isnin bin Aman.
Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya menceriakan persekitaran kampung, malah menjadi platform bermakna dalam membentuk mahasiswa yang prihatin, berjiwa sukarelawan dan peka terhadap keperluan masyarakat. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen PMK dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bersama komuniti setempat menerusi pendekatan TVET yang inklusif dan berimpak.
Program diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan tengah hari sebelum seluruh peserta bertolak pulang ke PMK pada jam 1.30 petang.
Politeknik Melaka โ TVET Memacu Komuniti, Membina Masa Depan.
#PoliteknikMelakaย #PMKFighters #TVETMalaysiaย #POLYCC




ย