MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) SESI II 2026/2027 POLITEKNIK MELAKA
Disediakan oleh: Norzainariah binti Abu Hassan
MELAKA โ Mengorak langkah ke alam pengajian tinggi, Politeknik Melaka (PMK) telah menganjurkan Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi II 2026/2027 sebagai titik permulaan perjalanan baharu para pelajar dalam merealisasikan impian dan aspirasi mereka.ย Lebih daripada sekadar program orientasi, MTS merupakan platform pembentukan jati diri yang membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan ekosistem pembelajaran, peraturan institusi, kemudahan serta budaya kehidupan kampus.
Pelbagai pengisian dan aktiviti dirancang bagi memupuk semangat kebersamaan, meningkatkan keyakinan diri, membina disiplin serta menyemai nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.ย Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Politeknik Melaka dalam melahirkan generasi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berintegriti, berdaya saing dan berketerampilan dalam mendepani cabaran masa hadapan. Semoga langkah pertama ini menjadi pemangkin kepada sebuah perjalanan yang penuh bermakna, mencipta kejayaan dan mengukir kenangan indah sepanjang pengajian di Politeknik Melaka.
#JPPPMK #PMKFighters #MTS2026/2027 #JHEPP






