LAWATAN PENANDAARASAN MPP PMK KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Pada 1 Disember 2022, Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka telah mengadakan program Lawatan Penandaarasan ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dan 2 orang Pegawai pengiring yang merupakan Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Tujuan penandaarasan ini adalah untuk bertukar dan berkongsi pendapat serta idea dalam melaksanakan sesuatu program. Penandaarasan Politeknik Melaka ini juga diadakan untuk membantu Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dalam meningkatkan kualiti sebagai pemimpin. Program ini dapat memberi penambahbaikan berkomunikasi dalam pertukaran pendapat dan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih efektif.
Program ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar, malahan juga ia dapat merapatkan hubungan diantara Politeknik itu sendiri.
Adalah diharapkan agar program Lawatan Penandaarasan ini dapat memberikan impak yang positif bagi membentuk struktur organisasi Majlis Perwakilan Pelajar yang berkualiti. Selain itu, kami juga berharap agar ahli Majlis Perwakilan Pelajar masih komited dan dapat menjalankan kolaborasi bersama institusi pengajian tinggi yang lain pada masa akan datang.